selamat datang Pictures, Images and Photos

Tuesday, August 31, 2010

Pengenalan motivasi

Paradigma berasal daripada perkataan Greek iaitu 'paradeigma' yang membawa maksud model, bentuk atau contoh. Maksud paradigma boleh diperjelaskan dengan kaedah kita melihat sesuatu situasi atau keadaan berasaskan kepada andaian umum dan bagaimana kita boleh berjaya dalam lingkungan atau batasan yang ditetapkan.Anjakan paradigma menjurus kepada perpindahan dari satu situasi kepada situasi baru yang lebih baik. Menyingkap etimologi motivasi, Motivasi diserap maknanya daripada perkataan Inggeris iaitu 'motivation' atau kata akarnya 'motive' yang membawa makna tujuan atau matlamat . Oleh itu, tidak dapat disangkal bahawa tujuan atau motif dapat memotivasikan kita.

Pengenalpastian terhadap indidvidu yang bermotivasi dapat dilihat melalui aspek sama ada mereka menyukai status quo atau tidak memandangkan individu yang bermotivasi tidak menggemari keadaan yang statik kerana mereka lebih dinamik dan sentiasa bergerak mengikut keadaan dan keperluan semasa bagi mencapai matlamat yang telah dirancang. Oleh itu, segalanya bermula daripada diri anda sendiri untuk mengambil langkah pertama untuk melakukan anjakan paradigma peribadi.

Nuraishah Binti Ramly
204805

3 comments:

  1. motivasi memberi ruang kepada anjakan paradigma seseorang kn.. itu yg sy fhm..

    ReplyDelete
  2. anjakan itu bermaksud perubahan pada diri kita kepada yang lebih baik.. tetapi boleh tak seseorang tersalah anggap akn anjakan tersebut..?

    ReplyDelete
  3. anjakan itu bermaksud perubahan pada diri kita kepada yang lebih baik.. tetapi boleh tak seseorang tersalah anggap akn anjakan tersebut..?

    ReplyDelete