selamat datang Pictures, Images and Photos

Tuesday, August 31, 2010

Jenis-jenis motivasi untuk melakukan anjakan paradigma peribadi



Terdapat dua jenis motivasi untuk melakukan anjakan paradigma peribadi pada kelakuan seseorang itu sama ada secara positif atau secara negatif yang merupakan motivasi ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik dilakukan dengan menggerakkan seseorang melakukan aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Antara bentuk peneguhan positif adalah dalam bentuk ganjaran seperti pujian, insentif dan hadiah dan ia memberikan kesan kepada tingkah laku seseorang supaya mereka lebih berusaha untuk mendapatkan ganjaran tersebut.
Sebaliknya,peneguhan negatif dilakukan dengan cara ugutan,hukuman atau deraan yang bertujuan untuk memberi motivasi dan mengawal kelakuan individu. Peneguhan negatof tersebut memberikan keesan yang baik dan buruk kerana ia mengikut kesesuaian seseorang individu dan persekitaran yang dilaluinya,maka, peneguhan negatif adakalanya tidak digalakkan untuk dilakukan.
Terdapat juga motivasi intrinsik iaitu diwujudkan secara semula jadi yang terdiri daripada dorongan dan minat individu tersebut untuk melakukan aktiviti tanpa mengharapkan ganjaran .
Khairul Sakinah Binti Isa
204991

2 comments:

  1. baru saya taw ade 2 bentuk motivasi... bagi sy setiap individu mempunyai kedua2 bentuk motivasi tersebut..

    ReplyDelete
  2. penggunaan teknik motivasi mengikut situasi sangat penting bagi menggalakkan pembentukan motivasi dalam diri individu.

    ReplyDelete